Muzik Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Kebanyakkan lagu yang digunakan untuk upacara pembukaan adalah muzik British mewakili keempat-empat negeri gabungan UK.[94][95][96] Lagu-lagu dari era 1960-an hingga kini merupakan fokus untuk upacara pembukaan walaupun ia turut melibatkan lagu-lagu klasikal dari komposer British, persembahan koir dan orkestra UK.[97]

Rick Smith dan Underworld mengubah lagu secara khas untuk upacara itu, antaranya termasuklah 'And I Will Kiss'[98] yang dipersembahkan oleh Dame Evelyn Glennie dan pemain gendang semasa segmen 'Pandemonium', dan 'Caliban's Dream'[99] yang dapat didengari semasa penyalaan kawah. Lagu gubahan asal Underworld ini telah diterima dengan baik.[100]

Motif muzikal digunakan untuk mengaitkan segmen-segmen berbeza antara satu sama lain. Ini termasuklah motif 'siulan' yang pertama kali digunakan semasa tafakur satu minit yang digubah ke dalam muzik "And I Will Kiss" kerapkali muncul semula sewaktu cincin sedang ditempa, ketika lima buah cincin bergabung, dan sekali lagi sebagai tema utama "Caliban's Dream" sewaktu obor dibawa berarak keliling stadium oleh atlet-atlet muda.

Loceng merupakan tema hari pembukaan Olimpik, bermula pada 8.12 pagi dengan Work No. 1197: All the Bells oleh Martin Creed, apabila loceng dibunyikan di seluruh UK termasuklah 40 kali bunyian loceng Big Ben.[101] "Bunyian loceng adalah bunyian England", Boyle berkata kepada sukarelawan sewaktu raptai. Kebanyakan muzik untuk upacara tersebut mempunyai rujukan kepada 'loceng', menghubungkan lagu-lagu itu kepada loceng besar yang ditempa untuk upacara pembukaan dan membangkitkan loceng sebagai "bunyian kebebasan dan keamanan".

Boyle menghampiri ramai artis secara peribadi untuk mengetahui samaada mereka berminat untuk melakukan persembahan, dan beliau sendiri terbang ke Barbados untuk bemesyuarat selama satu jam bersamaMike Oldfield. Beberapa orang artis menolak pelawaan Boyle, manakala sebuah kumpulan muzik terkenal yang tidak dinamakan Boyle meminta £20,000 sebagai bayaran dan akhirnya tidak dipilih. Artis-artis yang melakukan persembahan menerima bayaran saguhati sebanyak £1 agar kontrak mereka sah terikat. High Contrast, DJ bass dan drum Wales, menggabung dan menyusun lagu untuk perarakan atlet.

Isles of Wonder, runut bunyi yang telah direkodkan lebih awal dimuatnaik ke iTunes sebagai versi digital pada tengah malam 28 Julai 2012 manakala versi fizikal yang terdiri daripada dua keping CD pula dikeluarkan pada 2 Ogos.[102][103] Dalam masa dua hari, album tersebut telah medapat tempat pertama dalam carta albun iTunes Britain, Perancis, Belgium, dan Sepanyol, dan tempat ke-lima di Amerika Syarikat, selain turut mencapai tempat ke-lima dalam carta album British.[95] The London Evening Standard memberikan album tersebut empat bintang sambil menulis, "Sebagai sebuah cendehati daripada salah sebuah acara terhebat era kini dan sebuah koleksi yang bertenaga, agak sukar untuk mencari kesilapan [album ini]".[104]

Rujukan

WikiPedia: Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 http://www.awardsdaily.com/blog/2012/07/27/danny-b... http://www.cbsnews.com/8301-33747_162-57481790/201... http://www.forbes.com/sites/dorothypomerantz/2012/... http://www.ft.com/cms/s/0/4e49451e-1f76-11e1-9916-... http://www.ft.com/cms/s/2/b022ff6c-f673-11e1-9fff-... http://afp.google.com/article/ALeqM5ibNAUAq-kZNOy3... http://www.heatherwick.com/2012-olympic-cauldron/ http://www.hollywoodreporter.com/news/olympics-cer... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2012-0... http://www.kansascity.com/2012/07/27/3727711/scott...